Apabila menyentuh soal Sarawak mendapatkan kawalan dalam pengurusan minyaknya kita tidak boleh elak daripada melihat ke arah negeri kaya minyak lain, seperti Sabah, Kelantan dan Terengganu yang mungkin berkira-kira mahu mendapatkan bahagian petroleum mereka sendiri.
Ketika ini, Sarawak cukup agresif memberikan hak agregrator gas kepada Petros. Pergerakan kuasa itu membolehkan Petros bukan Petronas menetapkan peraturan membeli, menjual, tetapan harga, pengedaran gas asli cecair (LNG) di Sarawak.

Kawalan Petronas ke atas industri gas di Sarawak semakin longgar. Dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) kini mengambil alih peranan sebagai “pengumpul gas,” semua gas yang dihasilkan di Sarawak kini perlu melalui Petros, bukannya Petronas.
Taruhannya besar—Petronas memperoleh antara RM10 bilion hingga RM20 bilion setahun daripada eksport gas Sarawak. Kini, gergasi minyak negara ini berdepan dengan krisis, apabila kawalan kukuhnya terhadap keseluruhan rantaian bekalan mula terlerai.
Impaknya adalah ke atas Sabah, Kelantan, dan Terengganu. Ada berhujah tindakan Sarawak ini mengundang negeri-negeri tersebut membangunkan Petrob, Petrok, dan Petrot.
Dengan menggunakan autonomi dan bertujuan melindungi sumbernya, Sarawak terlihat melakukan beberapa perkara yang signifkan.
Pertama, ini bukan sekadar pertembungan antara kerajaan Persekutuan; malah ia juga merupakan pernyataan kepada setiap negeri. Dana Petronas datangnya daripada aset minyak dan gas Malaysia, untuk rakyat Malaysia.
Jadi, dengan mengunci sumbernya, Sarawak telah menghantar isyarat kepada seluruh Malaysia bahawa kemakmuran yang dikongsi mungkin tidak memberi timbal balas seperti disangka dahulu.
Namun, ada harga perlu dibayar. Langkah berkenaan berkemungkinan membawa lebih kesannya kepada ekonomi Malaysia, industri minyak dan gas, dan ada kemungkinan ke atas unjuran kewangan Sarawak sendiri.
Jika Sabah, Kelantan, dan Terengganu menuruti cara sama membentuk Petrob, Petrok, dan Petrot, ia boleh boleh mengakibatkan keretakan Petronas, dijangka memberi kesan serius serta melemahkan sektor minyak dan gas yang dulunya disatukan. Minyak dan gas bukan mainan pemain berskala kecil; ia berkembang maju dalam perniagaan besar, ekonomi bidangan, dan perkongsian risiko.

Pertimbangkan ini: Aktiviti Petronas di Sarawak bukan sekadar bermanfaat kepada negeri-ia turut menjana dividen minyak, cukai dan dana bagi pembangunan Malaysia.
Sarawak mendapat manfaat daripada peruntukan pusat bagi segalanya daripada infrastruktur hingga kepada pertahanan, dibayar sebahagiannya oleh Petronas, yang gas asli cecair mengalir atau berasal dari Sarawak sehingga hampir 90%. Tetapi, sekarang ini, Sarawak meningkatkan penggunaan Ordinan Perlombongan Minyak 1958 (OMO 1958) demi mengekang capaian Petronas di dalam industri.
Cara Sarawak membuat tuntutan
Sarawak menjustifikasi pendiriannya terhadap kedaulatan minyak dan gas menerusi era undang-undang kolonial British-khususnya, OMO 1958-dan mendakwa ia hanyalah bagi mengembalikan kuasanya yang sah. Tambahan, Sarawak memetik Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) demi penghujahan pemilikan sumber pesisir laut.
Walau bagaimanapun, perlembagaan persekutuan jelas memperuntukkan undang-undang persekutuan teratas berbanding negeri. Dan bagi UNCLOS, ia hanya terpakai kepada negara berdaulat-ditandatangani Malaysia pada 1982, bukannya Sarawak.
Justeru, apakah Sarawak mencadangkan ia bukan sebahagian persekutuan? Atau dengan merujuk UNCLOS, ia mahu membayangkan dirinya sebagai entiti bebas, bersedia menangani ketegangan antarabangsa bersendirian, dari Ganyang hingga kepada Laut China Selatan? Retorik seperti ini boleh menggugat kestabilan, malah memulakan desas-desas desus pemisahan daripada persekutuan.
Di dapati bahawa Sarawak ada berkongsi dengan Sabah tentang cara untuk sekali membuat tuntutan autonomi sebegitu, malah Terengganu dilaporkan berminat dalam usaha yang sama.
Ketegangan yang menggelegak bukan sahaja bermasalah bagi penyatuan nasional-ia tidak disenangi pelabur yang memerlukan kestabilan dalam keadaan dunia tidak menentu.
Malaysia sedang berdepan saingan sengit minyak dan gas dari Indonesia, membiarkan Petros mengambil sebahagian daripada Petronas boleh memberi kesan ke atas kelebihan saingan Malaysia, berpotensi melemahkan kemasukan pelaburan, pekerjaan, dan pertumbuhan negara.
