Dilema Malaysia: Berapa lama dasar beralah boleh mengekalkan kesatupaduan persekutuan?

-

Dilema Malaysia: Berapa lama dasar beralah boleh mengekalkan kesatupaduan persekutuan?

Pada penghujung 1930-an, Neville Chamberlain mengambil pendekatan memberi pengajaran tersirat bagi mereka yang berdepan kerumitan membuat keputusan hari ini. Beliau percaya membuat keputusan konsesi strategik dapat membeli masa dan menjamin keamanan, pencaturan didasari harapan demi memelihara kestabilan.   

Namun, kadang-kala hasilnya membuktikan bahawa memberi ruang boleh menjurus kepada cabaran lebih besar terkemudian, dengan membenarkan kemaraan musuh. Ia menyumbang kepada meletusnya Perang Dunia II.

Dalam nada sama, usaha semasa Putrajaya untuk memuaskan Sarawak mungkin tampak seperti cara berhemat mengekalkan perpaduan buat ketika ini. Tetapi, persoalannya: Sampai bila strategi ini mampu bertahan, dan apa pula kosnya?

Putrajaya sedang berdepan tekanan memuncak apabila Sarawak terus menekan bagi mendapatkan autonomi lebih besar, mengancam takrifan imbang kuasa dalam Persekutuan Malaysia. Sarawak, kaya dengan sumber dan didorong semangat wilayahnya, membuat tuntutan yang boleh mengubah landskap persekutuan.

Sumber: Bernama

Walaupun Putrajaya cuba menguruskan ketegangan berkenaan dengan beberapa siri konsesi, Sarawak semakin memuncak memaparkan lebih banyak pertembungan lebih signifikan menanti.

‘Senarai permintaan’ Sarawak:

Autonomi pendidikan – Sarawak mahu mengambil alih kawalan terhadap sistem pendidikannya, menyasarkan pengembalian bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan menyesuaikan kurikulum dengan keperluan setempat.

Autonomi penjagaan kesihatan – Negeri itu mahu menguruskan penjagaan kesihatannya tersendiri, menangani cabaran geografi dan demografinya yang unik.

Autonomi hal persekitaran – Sarawak ingin diberi kawalan dalam dasar persekitaran, mengimbangi pembangunan ekonomi daripada pengurusan sumber dengan pemuliharaan. 

Kerusi Parlimen lebih banyak – Sarawak mendesak satu pertiga kerusi Parlimen demi memastikan perwakilan lebih banyak dan melindungi kepentingannya, sebagaimana dijanjikan dalam MA63.

Autonomi besar ke atas pelancongan – Sarawak mahu mengawal pelancongan bagi pembangunan sektor ekopelancongan dan memacu pendapatan rakyat tempatan hasil daripada kekayaan semula jadi dan warisan budaya.

Berkuasa penuh ke atas bekalan air – Sarawak ingin mengawal prasarana air bagi menangani keperluan tempatan, terutama di kawasan luar bandar.

Kawalan kewangan untuk kawasan autonomi – Sarawak mahu pengecualian cukai, seperti SST ke atas elektrik, untuk menyokong industri tempatan dan mengurangkan kos.

Pemindahan hak agregator gas – Negeri menuntut kawalan ke atas sumber gas, dengan Petros menguruskan pengeluaran dan pengedaran, bukan lagi Petronas.

Kawalan ke atas sumber minyak dan gas – Sarawak mencabar Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan telah mengenakan cukai jualan 5% ke atas petroleum, menjana RM3.2 bilion pada 2022.

Peningkatan kawalan kewangan – Sarawak memperoleh 30% kepentingan dalam Affin Bank, mencari lebih pengaruh terhadap institusi kewangan untuk menyokong ekonominya, walaupun disekat memperoleh kepentingan mengawal.

Teras tuntutan Sarawak terletak pada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang bersejarah, yang memaktubkan pemberian autonomi khas negeri itu apabila menyertai persekutuan.

Petroleum

Bagaimanapun, sejauh mana autonomi itu kini dipersoalkan, khususnya berkait Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974, memberikan Petronas kawalan penuh ke atas sumber minyak dan gas negara. 

Sarawak, dengan kekayaan dengan hasil minyaknya, berusaha mendapatkan kembali hak-hak berkenaan, sambil berhujah bahawa Ordinan Perlombongan Minyak 1958 memberi kuasa kawalan terhadap minyak dalam sempadannya.

Pada 2020, Sarawak mengambil keputusan sendiri mengenakan cukai jualan 5% ke atas produk petroleum, langkah menjana RM3.2 bilion pada 2022. Tindakan berani itu melonjakkan pendapatan perkapita kepada RM4,414 – berbanding RM550 perkapita diterima di negeri Semenanjung. 

Walaupun sudah menerima peruntukan tertinggi perkapita, Sarawak berterusan menuntut lebih banyak kawalan, terutama terhadap sumber aslinya.

Kawalan infra, cukup untuk membentuk negeri bebas

Putrajaya, dalam cubaan mengendurkan semua ketengangan ini, telah memberikan beberapa konsesi. Kawalan ke atas Pelabuhan Bintulu sudah diserahkan kembali kepada Sarawak, dan negeri itu dibenar melakukan perolehan MASWings, anak syarikat penerbangan dalam wilayah.

Tetapi, perkembangan baru pengambil alihan 30% kepentingan dalam Affin Bank oleh Sarawak – mendedahkan kemaraan perebutan kuasa yang berterusan. Sarawak pada mulanya menyasarkan kepentingan kawalan dalam bank itu, namun pengawal selia membenarkan negeri itu hanya untuk kepentingan minoriti sahaja.

Walaupun perjanjian berkenaan memberikan Sarawak pengaruh kewangan yang lebih besar, ia juga menyerlahkan keengganan kerajaan persekutuan melepas sepenuhnya kawalan ke atas aset-aset utama negara.

Tuntutan Sarawak menjangkaui perolehan korporat. Negeri itu meminta autonomi penuh ke atas pendidikan, penjagaan kesihatan, dan dasar alam sekitar, serta bahagian yang lebih besar daripada kerusi Parlimen untuk memberi Malaysia Timur pengaruh yang lebih besar ke atas keputusan negara.

Langkah berkenaan secara drastik meningkatkan autonomi Sarawak, secara langsung mewujudkan model ‘negara-dalam negara’. Malah, tuntutan tersebut tidak terhenti di situ – Sarawak juga mendesak mengawal hak agregator gas dan autonomi kewangan. 

Sumber: Borneo Post

Dengan kawalan ke atas minyak dan gas, Sarawak mampu secara signifikan meningkatkan hasil yang sudah tersedia besar. Namun begitu, pimpinan Sarawak masih belum menunjukkan tanda mereda, terus mara dengan mendapatkan lebih banyak konsesi daripada Putrajaya.

Kesan domino terhadap negeri lain

Lebih banyak diberikan oleh Putrajaya, lebih besar risiko kepada sistem persekutuan. Johor mula menuntut pengembalian 20-30% cukai dibayar dikutip kerajaan persekutuan, manakala Sabah menuntut 40% pendapatan dikutip Putrajaya daripada sumbernya.

Jika Malaysia berterusan melalui jalan mengalah, ia menjurus duluan bahaya yang menggalakkan negeri lain turut membuat tuntutan sama , membawa kepada gelombang disentralisasi yang mungkin melemahkan struktur teras Persekutuan Malaysia.

Sekatan ke atas cubaan Sarawak mengawal kepentingan dalam Affin Bank baru-baru ini menunjukkan Putrajaya masih cuba mengekalkan beberapa tahap kawalan. 

Tetapi, apabila tuntutan autonomi Sarawak semakin kuat, kedudukan kerajaan persekutuan menjadi semakin rumit. Setiap konsesi memberi Sarawak lebih pengaruh, bukan sahaja ke atas sumbernya, malah ke atas landskap politik lebih luas.

Di persimpangan

Malaysia kini dalam persimpangan. Berterusan mengalah kepada tuntutan Sarawak mungkin boleh menangguh ketengangan buat sementara waktu. Walau bagaimanapun, risiko jangka panjang tetap jelas. 

Negeri lain sedang rapat memerhati, dan apa jua konsesi lanjut boleh mendorong mereka untuk mengikuti jejak Sarawak. Namun, mengekang Sarawak secara keras berisiko mencetuskan pergolakan lebih besar dan berpotensi mendorong negeri itu ke arah pilihan lebih radikal. 

Akhirnya, Putrajaya perlu memutuskan sejauh mana ruang sanggup diberikan. Masa depan struktur Persekutuan Malaysia mungkin berdepan risiko yang tinggi. 

Tanpa membuat garisan yang jelas, Putrajaya mungkin boleh kehilangan kawalan, bukan sahaja ke atas Sarawak, tetapi ke atas perpaduan seluruh persekutuan. 

Share this article

Recent posts

Popular categories

Discover more from Politikonomi

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading