Untuk memahami perebutan kuasa agregator gas di Sarawak, kita mesti bermula dengan memahami peranan golongan elit Fuzhou.
Merekalah jaringan yang dahulu menguasai industri balak bersama keluarga Taib, meraih berbilion ringgit sambil rakyat biasa hanya mendapat serpihan. Apabila hutan habis digondol, mereka beralih kepada minyak dan gas.
Hari ini, tangan ghaib inilah yang mahukan Petros menjadi agregator tunggal.
Ini bukan soal keadilan atau pembangunan Sarawak. Ia soal kuasa politik dan wang.
Kuasa Fuzhou di sebalik tabir
Komuniti Fuzhou, berasal dari Fujian, China, telah mendominasi ekonomi Sarawak selama berdekad-dekad.

Dari balak ke perladangan, kekayaan negeri Sarawak dipelopori kaum ini. Kini, apabila hasil balak habis, mereka telah beralih kepada hasil gas.

Salah seorang individu yang paling berpengaruh di dalam kerajaan negeri Sarawak ialah JC Fong, mantan Peguam Besar Negeri Sarawak, arkitek undang-undang yang menggubal Distribution of Gas Ordinance 2016 (DGO) berdasarkan Oil Mining Ordinance 1958 (OMO). Undang-undang ini digubal untuk menggugat kuasa Petronas di bawah Petroleum Development Act (PDA).

Fong jugalah yang mendakwa bahawa Sarawak berhak mengawal minyak dan gas sehingga 200 batu nautika, bercanggah dengan UNCLOS yang menetapkan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) 200 batu nautika adalah milik negara berdaulat, bukan negeri.
Dengan mengenengahkan ordinan Sarawak (DGO dan OMO) yang mengisytiharkan hak Sarawak ke atas perairan negara, Fong telah meletakkan asas kepada pertembungan terus antara undang-undang negeri dengan undang-undang persekutuan dan antarabangsa.
Inilah “playbook” undang-undang yang sejak itu menjadi panduan setiap langkah Sarawak.
Sokongan Fuzhou terhadap Awang Tengah?
Elit Fuzhou juga dikatakan menyokong Awang Tengah, Timbalan Premier. Laporan menyebut wujud persaingan senyap dengan Abang Johari, dengan Awang Tengah sedang membina penyokongnya dalam PBB.

Ini bukan suatu kebetulan. Elit Fuzhou tahu Abang Jo tidak akan kekal selamanya sebagai Primier. Dengan menyokong Awang Tengah, mereka memastikan kesinambungan pengaruh terhadap strategi ekonomi Sarawak — termasuk perebutan agregator.
Masalah aggregator ‘tunggal’
Agregator ini bukanlah sekadar label birokrasi. Ia adalah peranan paling berkuasa dalam rantaian gas dan Sarawak mahu menjadi AGREGATOR TUNGGAL seperti yang dapat dilihat pada beberapa saat pertama klip ini:
Agregator membeli gas daripada pengeluar huluan, kemudian menjualnya di bahagian hiliran — kepada industri atau pengeksport. Sesiapa yang mengawal peranan ini, mengawal margin keuntungan. Pada asalnya, Petronas beroperasi di bahagian huluan, bertindak sebagai agregator (pertengahan rantaian) dan juga hiliran.
Jika Petros mengambil alih sepenuhnya sebagai agregator tunggal, Petronas boleh dicekik di kedua-dua perniagaan huluan dan hilirannya.
Perniagaan hulunya mungkin dipaksa menjual gas dengan harga murah.
Manakala, perniagaan hiliran pula mungkin terpaksa membeli semula pada harga tinggi.
Apabila margin itu terhakis, segala yang telah dibina Petronas — penerokaan, saluran paip, loji LNG, kapal, dan kontrak bekalan — mula runtuh. paip, terminal LNG, kapal tangki, kontrak bekalan jangka panjang — akan runtuh.
Sarawak tahu akan perkara ini. Sebab itulah keikhlasan langsung tidak wujud dalam tuntutannya untuk menjadi agregator tunggal.
Abang Jo sering mencabar PMX
Jika Abang Jo ikhlas, beliau akan menghormati Anwar dalam memberikan kata putus. Tetapi tidak.
Pada bulan Februari, Anwar memberitahu Parlimen bahawa Petros akan menjadi agregator, dengan berhati-hati mengelak daripada menggunakan perkataan ‘agregator tunggal’ bagi membuka ruang kepada kewujudan lebih daripada satu agregator, sekali gus membolehkan Petronas mengekalkan sebahagian kawalan demi kelangsungan perniagaannya.

Namun, sehari kemudian, Sarawak mengeluarkan kenyataan balas bahawa merekalah satu-satunya agregator (the gas aggregator).

Sekali lagi pada 21 Mei 2025, Anwar membuat pengisytiharan bersama dengan Abang Jo yang mengiktiraf Sarawak sebagai agregator, tanpa menggunakan perkataan “agregtor tunggal”.


Namun keesokan harinya, Sarawak mengadakan sidang media untuk ‘menjelaskan’ dalam bahasa Inggeris bahawa merekalah satu-satunya agregator gas “the gas aggregator”.
Ini bukan kebetulan. Ia manual Fuzhou: cara JC Fong memanipulasi ketetapan yang telah dibuat Anwar berkali-kali.
Matlamatnya mudah: terus menekan Putrajaya, mencabar mesej persekutuan, dan mengukuhkan kuasa runding Sarawak.
Harapan RM10 billion
Timbalan Premier, Dr Sim Kui Hian yang juga seorang Fuzhou, secara terbuka memberi tanggapan bahawa Sarawak akan menerima RM10 bilion setahun daripada perjanjian ini. Katanya, “Peringkat awal (perjanjian) ini sudah mampu meraih RM10 bilion tunai kepada Sarawak.”

RM10 bilion ini bukanlah jumlah yang kecil. Ia merupakan satu pertiga daripada keseluruhan dividen Petronas kepada kerajaan persekutuan.
Jangan dilupa, Sarawak sudah pun menerima RM96 bilion dalam bentuk royalti, cukai jualan dan dividen daripada Petronas sehingga tahun 2024. Tambahan pula dengan komitmen RM10 bilion setahun yang diminta oleh Sarawak, kelestarian syarikat minyak dan gas nasional ini sudah tentunya akan terjejas.
Di manakah keikhlasan Sarawak dalam hal ini? Ketika Petronas sedang mengecilkan saiz operasi, menghentikan para pekerjanya, mengurangkan kos dan bersedia menghadapi harga minyak yang tidak menentu, bagaimana Sarawak tergamak mahu meminta-minta lagi? Apakah mereka tidak hiraukan masa depan Petronas?
Ibrahim Baki and konflik kepentingan
Sebuah lagi isu yang perlu diketengahkan adalah perlantikan Ibrahim Baki di kabinet kerajaan negeri Sarawak. Sebelum ini beliau memegang jawatan ahli lembaga pengarah Petronas. Baru-baru ini beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri yang bertanggungjawab ke atas Petros.

Ini bukan kebetulan. Beliau kini membawa pengetahuan dalaman mengenai strategi dan kewangan Petronas ke dalam jawatan yang boleh digunakan untuk menentang syarikat minyak negara kita ini.
Di bawah Akta Syarikat 2016 (s.218), pengarah tidak boleh menggunakan maklumat atau kedudukan lama mereka untuk memberi manfaat kepada pihak lain atau mendatangkan mudarat kepada syarikat — ia adalah satu kesalahan jenayah jika dilakukan.
Walaupun selepas meninggalkan jawatan ahli lembaga Petronas, tanggungjawab fidusiari kerahsiaan seorang pengarah masih kekal, dan penyalahgunaan rahsia dagangan boleh didakwa di mahkamah. Lebih-lebih lagi, tindakan ini juga tertakluk di bawah Akta SPRM 2009 (penyalahgunaan jawatan) atau Akta Rahsia Rasmi 1972 jika maklumat terklasifikasi didedahkan.
Bagaimana Petronas mampu mempertahankan diri apabila individu yang pernah duduk di dalam lembaga pengarahnya kini memperjuangkan aspirasi industri tenaga Sarawak yang bertentangan dengan kepentingannya?
Injunksi Shell: Satu lagi tangan ghaib?
Injunksi Shell turut menampakkan campur tangan Sarawak. Kebetulan, Siti Sulaiman, pengerusi Shell Malaysia, juga berasal dari Sarawak.

Injunksi ini jelas berniat jahat: Shell sepatutnya membayar Petronas, yang telah melabur berbilion ringgit berdasarkan kontrak jangka panjang dengannya. Sebaliknya, Petronas telah dinafikan bayaran sebanyak RM523 juta dan terus rugi RM80 juta setiap bulan.
Di mana keikhlasan Shell dan Sarawak, sedangkan mereka tahu Petronas yang telah memberikan perkhidmatan seperti yang dijanjikan kepada mereka? Apakah titik peluh tidak perlu dibayar?
Ramai eksekutif Petros adalah bekas kakitangan Shell, dan Sarawak gemar mengangkat Shell sebagai ‘alternatif yang lebih baik berbanding Petronas.’ Ini sabotaj, jelas dan nyata — membunuh angsa bertelur emas.

Petronas semakin tertekan
Separuh pertama 2025 sahaja:
- Hasil jatuh 24% ke RM132.6 bilion.
- Untung selepas cukai merosot 19% ke RM26.2 bilion.
- Perbelanjaan modal dipotong 31%.
Tanpa mengambil kira cabaran-cabaran yang dihadapi Petronas, Sarawak masih mahu menekan lagi. Ini bukan sebuah syarikat yang mempunyai sumber yang tidak terbatas.
Perkembangan politik yang semakin merbahaya
Hari ini, Sarawak dipimpin oleh Abang Jo — dan perkara ini penting.
Sebagai seorang pemimpin berbangsa Melayu, beliau mungkin masih mempunyai ikatan sentimental dengan persekutuan yang diterajui kaum Melayu di Kuala Lumpur.

Tetapi kaum Melayu adalah minoriti di Sarawak. Kedudukan Abang Jo tidak mungkin kekal buat selamanya, dan penggantinya barangkali tidak mempunyai naluri yang sama untuk mengekalkan Sarawak di dalam persekutuan Malaysia.
Apa akan terjadi jika sebuah kabinet yang dikuasai Fuzhou mengambil alih, disokong oleh elit sama yang setelah habis menggondol hutan Sarawak, kini mahukan hasil minyak dan gasnya?
Berikan mereka kawalan penuh sebagai agregator tunggal, maka kita akan terpaksa menyerahkan kedaulatan kewangan kepada mereka. Petros akan menentukan harga, mengeringkan margin Petronas sekaligus membunuh angsa bertelur emas ini.
Dan inilah ironi: Abang Jo tahu perkara ini. Tetapi beliau rela menunggang gelombang ‘Sarawak Diutamakan’ (SAS) kerana ia menguntungkannya secara politik.
Dengan pilihan raya negeri yang bakal menjelang tahun depan, membakar sentimen anti-Malaya dalam kalangan rakyat Sarawak adalah cara paling mudah untuk meraih sokongan.

Taktik politik ini merupakan sebuah jalan mudah, tetapi sangat merbahaya kepada negara.
Siapa sebenarnya yang untung?
Rakyat Sarawak tidak akan merasai kekayaan gas ini. Sama seperti mereka tidak pernah merasai berbilion ringgit hasil balak negeri mereka.
Elit yang sama — Fuzhou, keluarga Taib, orang dalam PBB (parti Abang Jo) — akan terus mengaut habuan. Mereka telah memerintah Sarawak selama berdekad-dekad. Mustahil mereka mampu mengubah cara mereka.
Dalam masa yang sama, peruntukan yang diberikan kerajaan persekutuan dan dividen Petronas telah membiayai sekolah, hospital, subsidi dan gaji di seluruh Malaysia. Melemahkan Petronas bukan sahaja akan memberi kesan ke atas Semenanjung, tetapi ia juga akan merugikan Sabah dan Sarawak sendiri.
Keikhlasan Abang Jo menjadi persoalan
Tuntutan Sarawak untuk menjadi agregator tunggal tidak datang daripada keikhlasan untuk mahukan yang terbaik untuk semua pihak.
Sebaliknya tindakan tidak munasabah mereka ini menzahirkan tangan-tangan ghaib yang cuba mengambil kesempatan. Mereka ini tidak lain dan tidak bukan golongan elit yang menggunakan semangat kenegerian untuk menutup kerakusan mereka.
Inilah manual Fuzhou: kerangka undang-undang JC Fong, kebangkitan senyap Awang Tengah, teater politik Abang Jo, harapan RM10 bilion Dr Sim, injunksi Shell yang berniat jahat dan maklumat dalaman yang menjadi senjata Ibrahim Baki untuk menekan Petronas.
Semua ini berlaku ketika Petronas sedang bergelut dengan keuntungan yang merosot, perbelanjaan modal yang semakin mengecil, dan berdepan dengan pasaran minyak yang tidak menentu.
Jadi tidak perlulah kita khuatir lagi. Ini bukan soal Sarawak mahukan haknya, tetapi sebuah komplot penguasaan Sarawak oleh kaum Cina Fuzhou.
Persoalannya bukan sama ada para pemimpin Sarawak sedar akan keadaan ini — mereka tahu. Persoalannya ialah sama ada mereka telah dijerat oleh kaum Fuzhou dari China, sehingga terpaksa bertindak khianat terhadap negara Malaysia.
Sememangnya, ini suatu perkembangan yang membimbangkan menjelang Hari Malaysia tidak lama lagi.
